Sunday, November 18, 2007

Penjagaan Sistem Penyejuk Enjin

Paras cecair penyejuk sentiasa diperiksa dan ditambah jika perlu. Tetapi, jika air perlu ditambah selalu, terdapat kebocoran atau keretakan di dalam sistem peyejuk.

Paras Air Radiator
Tujuan: Mendapatkan cara yang betul bagi tujuan penyelenggaraan sistem penyejuk enjin.

(Flushing Engine Water Jacket):
Kerja ini juga boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu pancuran terus atau pancuran terbalik. Sesetengah pembuat kereta berpendapat dengan melakukan pancuran terbalik boleh menyebabkan kerosakan kepada penyendal seals dan beberapa bahagian enjin. Adalah penting sebelum melakukan kerja memancur ini, perlu dirujuk kepada spesifikasi sesebuah kenderaan.

Pancuran Terbalik
Cara-cara dan langkah-langkah:

  1. Tanggalkan larasuhu dahulu (thermostat)
  2. Salurkan senapang pemancur ke bahagian perumah larasuhu tersebut.
  3. Tanggalkan hos masukan yang terdapat pada pam air.
  4. Berikan tekanan air dan biarkan sehingga air bersih yang keluar.

Pancuran Teruk
Cara-cara dan langkah-langkah adalah sama seperti di atas Cuma terbalikkan sahaja arah senapang pemancur pada hos masukan pam air manakala biarkan air mangalir keluar melalui perumah larasuhu.

Memancur Radiator (Flushing Radiator)
Kerja memancur ini perlu dilakukan menggunakan senapang pemancur (flushing gun) agar tekanan air dapat ditinggikan. Kaedah memancur boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu pancuran terus dan pancuran terbalik.

Pancuran Terbalik
Cara-cara atau langkah-langkah:

  1. Salurkan muncung senapang pemancur ke bahagian hos bawah radiator (lihat gambrajah).
  2. Manakala hos atas radiator disalurkan keluar.
  3. Perlu diingat dalam melakukan kerja memancur radiator ini, jangan berikan tekanan air yang terlampau tinggi yang boleh mengakibatkan kerosakan pada bahagian dalaman radiator.
  4. Gunakan tekanan sederhana sehingga air yang bersih yang keluar dari hos atas radiator.

Pancuran Terus
Untuk melakukan pancuran terus, cara dan langkah adalah sama seperti yang di atas tetapi arah air pancuran perlu diterbalikkan.

Salur muncung senapang pemancur ke bahagian hos atas radiator manakala hos bawah disalurkan keluar.

Memeriksa Paras Air Radiator

RADIATOR TANPA TAKUNG PENYEJUK (Takungan Limpah)
  1. Pastikan enjin beransur sejuk.
  2. Tanggalkan penutup radiator untuk memeriksa paras air radiator.
RADIATOR DENGAN TAKUNG PENYEJUK (Takungan Limpah)
  1. Pastikan enjin beransur sejuk.
  2. Tanggalkan penutup tekanan untuk dan penutup penakung penyejuk untuk memeriksa paras penyejuk.

Jikalau paras sejuk rendah pada kedua-dua radiator dan penakung, tambahkan penyejuk sehingga leher radiator dan pada penakung pada paras maksima.

No comments: